Minggu ni mesti ramai yang riang kerana besok cuti, jadi boleh la bercuti ma sedikit. Bila bercakap pasal cuti ni, aku nak tanya dekat korang semua, apakah pengisian cuti dekat korang?
Ada sesetengah orang mengangap cuti ni masa untuk dia orang merehatkan diri. Tapi aku pelik, kadang-kadang cara dia org merehatkan diri tu lagi memenatkan dari apa yang mereka buat hari. Pergi hiking lah, ronda-ronda naik basikal, main futsal straight satu hari dan banyak lagi la.
Lepas tu ada pulak yang cakap cuti ni masa nak menghabiskan masa dengan family. Mungkin ada betulnya jugak yang ini, pasal kalau time bekerja, masa bersama family kita mmg la kurang kan. Jadi sesekali dapat get away dengan diaorang terasa amat syok lah sekali.
Dating, ha ini selalunya alasan yang selalu dugunakan oleh pasangan yang tengah masyuk bercinta. Kalau boleh, seminggu cuti, seminggu tu jugak hari-hari pergi dating. Kalau yang dah bernikah tu tak ader masalah lah, ni takut yang belum nikah ni. Dah hari-hari asyik jumpa jer, macam-macam boleh jadi.
Tapi apa pun pengisian cuti korang, cuti aku minggu serupa tak payah, aku still lagi kat KL dan still lagi kena buat kerja. aku nak cuti macam org lain jugak
3 comments:
mencari bini dengan berblogging. eh, mencari ilmu dengan membaca, menulis.
Apakah bermain air hujan yang melimpahi sungai merupakan aktiviti cuti yang terhebat?
banjir ke tempat sayang
Post a Comment