Followers

Friday, December 31, 2010

Twitter Khairul Fahmi kelima tertinggi di dunia




















Wah memang world lah KFCM ni, sampai dia punya twitter reply pun kelima tertinggi di dunia. Pergh di dunia tu bukannya di Malaysia. Memag betul lah cakap awek dia Elia, yg sekarang ni kita di Malaysia ni  dilanda fenomena TSUFAHMI, memana kita bukak ajer pasal KFCM. Dekat facebook, dekat twitter, dekat blog-blog, dekat tv dan radio dan dalam surat khabar pun cerita dia sajer.


Hackers Indonesia Buat hal lagi


Tengoklah apa yg hackers Indonesia dah buat dekat laman web FAM. Aku pun tak paham lah kenapa mentaliti sesetengah rakyat Indonesia ni mengarut sungguh. Kalah sekali habis di haruknya satu kampung. Hina sangat ke kalah dengan Malaysia ni?

Kalau nak diikutkan kita dah berberapa kali kalah bengan Indonesia, tapi tak adalah rakyat Malaysia pergi hack sana hack sini. Terimalah seadanya, dah adat perlawanan mesti ada yang kalah dan mesti ada yang menang. Kepada yang menang nikmati lah kejayaan itu dengan berpada-pada, dan kepada yang kalah sila tingkatkan lagi usaha.

Buat masa ni tadi bila aku masuk balik web FAM ni, main page ajer boleh masuk, link-link lain masih lagi di lock. Mungkin pihak FAM tengah membaik pulih lagi kerosakan yang masih ada rasanya

Thursday, December 30, 2010

Pengertian cuti

Minggu ni mesti ramai yang riang kerana besok cuti, jadi boleh la bercuti ma sedikit. Bila bercakap pasal cuti ni, aku nak tanya dekat korang semua, apakah pengisian cuti dekat korang?

Ada sesetengah orang mengangap cuti ni masa untuk dia orang merehatkan diri. Tapi aku pelik, kadang-kadang cara dia org merehatkan diri tu lagi memenatkan dari apa yang mereka buat hari. Pergi hiking lah, ronda-ronda naik basikal, main futsal straight satu hari dan banyak lagi la.

Lepas tu ada pulak yang cakap cuti ni masa nak menghabiskan masa dengan family. Mungkin ada betulnya jugak yang ini, pasal kalau time bekerja, masa bersama family kita mmg la kurang kan. Jadi sesekali dapat get away dengan diaorang terasa amat syok lah sekali.

Dating, ha ini selalunya alasan yang selalu dugunakan oleh pasangan yang tengah masyuk bercinta. Kalau boleh, seminggu cuti, seminggu tu jugak hari-hari pergi dating. Kalau yang dah bernikah tu tak ader masalah lah, ni takut yang belum nikah ni. Dah hari-hari asyik jumpa jer, macam-macam boleh jadi.

Tapi apa pun pengisian cuti korang, cuti aku minggu serupa tak payah, aku still lagi kat KL dan still lagi kena buat kerja. aku nak cuti macam org lain jugak

Hari yang blur

Hari ni aku mmg blur, nak menulis dekat blog pun tak ader idea, dah la kat opis ni macam dilangar garuda, sunyi ajer ramai org cuti. So aku pun duduk la kat kubical aku ni dan on kan lappy aku... Jom blog walking, jadi bersedialah untuk di terjah oleh aku hehehehe........

Wednesday, December 29, 2010

Harimau Di Catuk Garuda Cedera

Perlawanan akhir Piala Suzuki AFF telah berakhir. Dengan perlawan di kuasai oleh Indonesia, dengan jaringan 2 untuk Indonesia dan 1 untuk Malaysia. Tetapi kemenangan masih lagi milik Malaysia dengan kelebihan Aggreget 4-2. Jadi juara untuk Piala Suzuki AFF tahun 2010 ialah Malaysia.

TAHNIAH MALAYSIA

Garuda dah kena gigit

Akhirnya setelah menunggu selama 53 minit, gol yang di nanti-nanti tercapai juga. Terima kasih Safee Sali, terus bermain dengan baik untuk menentukan kemenangan Malaysia 

MALAYSIA BOLEH
GANYANG INDONESIA

p/s: jangan emosi sangat tengok bola ya :P 

You look green

Seperti yg kita sangka,pada malam ni banyak betul laser kat kepala keeper Malaysia. Kesian mamat tu sampai hijau kepala dia. Tapi tetap maintain selamat kan panelti. Go khairul, Go harimau laser pun laser lah. Kalau silau sangat pakai spek hitam

Jom exchange banner

aku selepas blog walking, jumpa banyak blog ader banner sendiri. Lepas tu siap tukar2 baner lagi. Oleh sebab itu aku pun create lah satu banner untuk blog aku. Hasilnya seperti dibawah


Jadi bila dah ader banner ni nak jugak la tetukar dengan bloger yg lain. Siapa yg sudi codenya sudah saya sediakan di dalam widget Xchange Banner. Jadi harap ramai la yg berbesar hati berkongsi dan mempamer kan banner saya

Contest Gambar Menarik 2010!!


Ha jumpa ni masa tengah blog walking lepas tu terasa berminat pulak nak masuk. Gambar ni aku ambik kat tepi sungai marudi. Pi buat kerja kat sana snap2 gambar yg berkenan. Mana tau dapat hadiahkan

kalau korang rasa berminat nak join klik sini


tag: daddydian, aera, adriea

Sembang pagi rabu

Sampai opis tadi tengok org tak ramai, kompom sumer ambik cuti sampai taun baru ni, aku pun bukak blog dan cek seperti biasa. Sedang tengah blog walking mak aku call, beri tau dia dah sampai dari Cameron malam tadi, tapi tak sempat call dah malam sangat. Mmg aku sajer suruh call kalau dah sampai, takut jugak lepas apa jadi kat bas hari tu.

Bila cerita pasal Cameron Highlands ni, aku rasa macam kelakar pulak. Korang nak tau, aku penah pergi sekali ajer ke cameron ni. tu pun taun 92 dulu, ikut rombongan sekolah. Jadi aku ader sikit kempunan la tak dapat ikut family trip aku kali ni. Apa nak buat dah cuti tak dapat. Jadi nak mengelak kan ralat aku ni, aku browse la pasal Cameron Highland ni. Cek mana tempat2 yg best nak pergi bercuti dan sebagainya la dan ini antara result yg aku dapat:

Tuesday, December 28, 2010

Siapa Kah Jimmy Chua?

Setelah dengar beberapa kali pasal Jimmy Chua yg akan keluar dekat rancangan kes di TV3, aku pun tertanya siapakah mamat ni. Botak Chin, Bentong Kali atau pun Kes Memali , semua aku penah dengar. Tapi tak pernah lagi aku dengar pasal Jimmy Chua. Sedara Eric Chia kah? ataupun samseng Bukit Bintang kah? ataupun salah sorang warga Malaysia yg biasa ajer.

Jadi rasa ingin tahu aku membuat aku kembali ke encik google, dan start browsing dengan maklumat yg teramat la kabur. Pencarian aku pun bermula, dari satu ke satu page aku lawati hanya berbekalkan dgn carian "Jimmy Chua", dan sedikit aku dapat gambaran kasar siapakah Jimmy Chua ini sebenarnya. Jimmy Chua ni rupanya banduan di Penjara Pudu. Ya, Penjara Pudu, maknanya dah lama ni. pasal Penjara Pudu tutup pada taun 1996. Jimmy Chua ni rupanya telah menawan 2 org doktor kat penjara tu dgn 3 org kawan banduannya. Untuk cerita lebih, korang teruskan lah baca post ni yer.

Leica M9 yg berharga RM 23,000

Jika korang telah lama menanti untuk versi digital kemera Leica yg legenda, korang tak payah menunggu lagi. Leica M9 (£4,850; secara kasar RM 23,073) ialah kemera digital berbingkai penuh yg pertama di dunia , dan juga kamera digital berbingkai penuh paling kecil dunia. Dgn kemampuan 18 megapixel full-frame 24 x 36mm sensor, dan boleh mengunakan lens Leica M, ISO dari 80 hingga 2500, shutter speed 1/4000 per saat, Body aloi magnesium , monitor2.5 inci. Kemera ini menjadi kegilaan kepada photographer yg masih lagi merindui kamera dari era2 old school. Jadi macam mana, ada berani

p/s: jual sebijik boleh buat kenduri kawin ni.

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"


Dapat barang free ke bro? aku pantang barang free ni. Nak bebanyak boleh
kalau korang nak dapat barang free jugak  klik kat sini

tag: daddydian

Siapa Donnie Yen?


Lepas tengok cerita Flash Point dekat TV3 tadi aku teragak saper la nama mamat hero tu? Jadi dengan rajinnya aku pun search la pasal mamat ni yg sekarang ni aku nampak makin femes, dah setarap Jackie Chan sama Jet Li dah aku rasa stunt2 dia buat. Carik2 baru lah aku tau dia ni nama Donnie Yen. Aku dah tulis sedikit maklumat pasal mamat ni dalam pos aku ni. 

Donnie Yen ni lahir 27 Julai 1963(dah 47 tahun rupanya. Maintain macho lagi). Mamat ni adalah bintang filem, pengarah, dan produser filem kat Hong Kong. Dah berkahwin dengan Cecilia Cissy Wang pada tahun 2003 dah masih lagi kekal hingga sekarang (melepas la awek2 yg minat dekat mamat ni). Dia ni start dia punya kerier sebagai stuntman dalam filem Shaolin Drunkard, 1983. dan dia terus berkecimpung dalam bidang ni sampai lah kehari ni. Antara Filem dia yg femes Seperti Ip Man, Flash Point Dan banyak lagi

p/s: sapa kata org taa boleh naik dari bawah  

Monday, December 27, 2010

200 jugak Akhirnya


Terima kasih la kepada pelawat2 yg telah bertandang ke blog aku ni, akhirnya dapat jugak blog aku ni cecah 200 hit dalam masa seminggu. Aku masih baru lagi dalam dunia blogging ni, jadi kalau ada apa kesilapan aku tu korang tegur2 lah ya. Ok kepada follower blog ni hanya satu ajer aku nak cakap "I WILL FOLLOW U". Jadi sesama lah kita meng'follow' yer. jadi happy mengfollow :P

Oh, Anak Perempuan Rosyam Nor


Saper tak kenal Rosyam Nor kan, hero Malaya. tapi hidup peribadi beliau tetap tertutup rapi, walaupun dah lama berkecimpung dalam bidang lakonan ni. Setelah lama merahsiakan mengenai hal family beliau, dan aku budget pun anak2 dia pun kecik2 lagi. Sekali boom! Rosyam Nor bawak anak2 pompuan dia pi Anugerah Skrin tahun ni. Ada anak dara rupanya Rosyam Nor ni, cun pulak tu. Bila tengok gambar ni, aku cuba la google pasal family Rosyam Nor yg rahsia sangat ni, jadi terjumpa lah berberapa gambar lagi. Nak tengok gambar2 tu sila la baca post ni sampai habis

Hugh Hefner bertunang















Korang kenal tak saper Hugh Hefner? Kepada saper yg tak kenal, nilah muka owner majalah playboy. Yg aku nak ceritakan pagi ni ialah pasal dia bertunang dengan salah sorang playmates dalam playboy mansion dia. Hefner, 84, bertunang dgn Crystall Harris, 24. Saper yg bijak matematik dapat kira yg beza umur dia org adalah sebanyak 60 tahun. Apa2 pun harap dia org berdua bahagia






p/s: jangan dengki dgn kebahagian org, cuba cari kebahagian untuk diri sendiri lagi bagus

Sunday, December 26, 2010

Final Update AFF Suzuki Cup 2010 Final Match First Leg

Game baru tamat dengan perlawanan berpihak kepada malaysia, dgn mengalahkan Indonesia 3-0.

First half 0-0

Dah first half game Piala Suzuki, Nampak gaya Malaysia lebih banyak control game. Tapi masih tak ader lagi gol yg di sumbat.

AYUH HARIMAU, GIGIT TENGKUK GARUDA 

Malaysia Boleh



Ni lah wira2 kita yg akan beraksi malam ni, melawan indonesia di stadium bukit jalil, harap dapat la team Malaysia ni menang malam ni. Jadi tak la perit sangat untuk 2nd round kat indon


MALAYSIA BOLEH!!!!!!

500 BLOG



Mari2 jom kita ramaikan majlis, tambah nasik tambah air... jom jom tambah lagi. Bro sok aku nak buat cam ni jgn lupa pulak support

Kalau korang nak join jugak klik  kat sini

Mari jom join blog list LM



kategori Putera

Wah macam menarik ajer aktiviti,  ni kali pertama aku join aktiviti macam. Bagi aku benda macam ni kena la support. Pasal apa? pasal  dia awek  hehehehe. tak der la gurau ajer, kalau bukan kita nak suppoet saper lagi. Jadi saper korang yg ader blog apa lagi join la aktiviti ni sesama kita meriahkan suasana.

Nak Join klik kat -> sini

Apa 10 handphone paling diminati di Malaysia, Apa kata survey?



Berdasarkan website mobile88.com. Berdasarkan dari permintaan, model Nokia C6 merupakan model yg paling hot sekali dekat Malaysia buat masa ni. jadi untuk tau semua model2 yg hot ini dgn harganya teruskan membaca pos ni

Nak Dekat Nak Sama Tapi Tak Serupa


Cuba korang peratikan 2 org ni nak dekat samakan tapi tak sama pun sebenarnya, macam kat atas ni gambar Thandie Newton sama Zoe Saldana. Ada lagi gambar gambar celebriti yg nak sama lagi kat dalam post ni

Tahun 2011 tahun sequal dan 3D

Tahun 2011 ni aku tengok banyak movie keluarkan sequal dia. Ada yg aku ingat tak bersambung dah, tetiba dapat info ada sambungan baru. Dan satu lagi tahun 2011 tahun 3D, kenapa kau cakap macam tu? Pasal banyak betul movie 3D nya, jadi cerita dedulu yg tak boleh nak buat pasal tak ada teknologi, sekarang baru boeh buat kat sini aku list kan beberapa movie berkaitan yg akan keluar taun depan

Mengubah link "older post", "home" dan "newer post" kepada button di dalam Blogger

Hari aku nak berkongsi macam mana untuk menukarkan page navigation yg membosankan didalam blog kita


Inginkah anda mempunyai blog page seperti ini silalah baca post ni sampai habis

Saturday, December 25, 2010

Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2010



Korang mesti tau malam semalam ada anugerah skrin kat TV3, mungkin ada yg dah tau dan ada yg tak dengan keputusan untuk malam semalam. jadi kat sini ader keputusan penuh dan berberapa gambar2 artis masa pi ke anugerah ni. tapi kena lah baca abis log ni

Selamat Hari Natal


Aku nak ucapkan selamat hari natal kepada semua kenalan dan pengunjung blog ni, yg berugama kristian. Dan Macam biasa kalau ada perayaan mestilah cuti kat Malaysia ni, dan satu lagi penyakit yg melanda kalau dah cuti2 umum ni ....jam. So ader sesaper yang nak melaporkan keadaan  highway2 arini. boleh kita kongsi2 maklumat, senang sikit nak berjalan-jalan

Thursday, December 23, 2010

Bas tidak dipandu laju

IPOH: Beberapa mangsa kemalangan di Kilometer 15 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands mendakwa bas pesiaran dua tingkat yang mereka naiki itu tidak dipandu laju ketika kejadian.

Areena Songsern @ Ismail, 20, berkata bas berkenaan dikawal dengan baik sejak mereka meninggalkan Hotel Heritage di pusat peranginan itu kira-kira 9.30 pagi Isnin lalu menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Semua penumpang duduk di atas dan hanya pemandu dan pemandu pelancong ada di bawah. Saya duduk di barisan ketiga dari depan dan tercampak keluar dari tingkap yang pecah ketika bas terbalik selepas melanggar pembahagi jalan, katanya ketika ditemui di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.
Areena, pelajar tahun dua bidang pelancongan dan pengurusan hotel Universiti Walailak berkata, dia datang ke negara ini bersama ibu saudaranya, Dariah Songsern @ Ismail, 59, untuk menghadiri seminar dan makan malam jualan langsung di Kuala Lumpur.

Katanya, Dariah duduk di kerusi paling depan terpelanting jauh daripada bas selepas kemalangan.

Saya lihat ibu saudara saya terbaring kaku bersama pemandu bas. Kawasan sekeliling bas dipenuhi mayat yang berlumuran darah, katanya yang ditemani ibu, Sanoh Ilmal, 52.

Dariah yang terselamat, kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HRPB.
Semalam, Areena yang cedera di kepala dan kaki dibawa ke Hospital Hatyai menerusi jalan darat.

Seorang lagi mangsa yang cedera, Pramualrat Phimpahu, 44, berkata bas berkenaan tidak laju dan dikawal dengan baik sejak dari puncak Cameron Highlands, kecuali ketika pemandu mengambil selekoh terakhir.

Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya hanya tersedar ketika berada di hospital, katanya, semalam.
Sumber: Berita Harian Online 


p/s: jadi jgn bersangka buruk kat drebar bas tu kesian dia, semua ni dah termaktub dalam qad' dan qadar

Trailer Green Hornet 3D



Green Hornet ni aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu, cerita pasal sorang mat saleh( tak kenal) sama drebar cina( bruce lee) dia lawan org jahat. Tapi masa tu rasa macam best gila tengok, bila tengok balik sekarang..... kelakar pun ada. Sekarang nak kluar movie dia pulak, siap 3D lagi. Masih citer mat saleh (seth rogen) sama drebar cina dia jugak (jay chou) tapi ada tambahan... awek seksi ( cameron diaz), lawan org jahat jugak lagik. Aku masukan sekali trailer dia dalam ni tapi kena baca habis lah

Trojan SMS serang Android

Kaspersky Lab, sebuah peneraju utama dalam rumusan pengurusan kandungan selamat mengumumkan bahawa program berniat jahat (malware) pertama yang diklasifikasikan sebagai Trojan SMS telah berjaya dikesan. Sasaran trojan ini adalah telefon pintar (smartphone) yang menjalankan sistem operasi (OS) Google Android. Malware yang dikenali sebagai Trojan-SMS. AndroidOS.FakePlayer.a ini juga dilaporkan menjangkiti sejumlah peranti mudah alih.



Berita ngeri untuk semua penguna phone Android, jadi tunggu apa lagi install la apa yg patut nak elak dari kena virus. kalau tak mmg jawapan dia asyik reformat ajerlah kerjanya tiap hari. Komputer biasa pun boleh hang di kerjakan kat virus trojan ni, bayangkan la kalau telefon kena. Kepada tuan2 Iphone dan Blackberry jgn abil sikap sambil lewa, confirm lepas ni korang pulak sasarannya

p/s: teringat masa komputer kursus kena serang brontok, tak senang tido dibuatnya, Banyak tu 60 bijik







Maher Zain datang lagi

Ha mamat ni datang balik, saper yg missed kosert yg first dulu tu, sekarang ada peluang nak tengok Maher Zain dekat Hotel Summit, Subang USJ dari 26 -28/12/2010. Jadi cepat2 lah booking tiket

Mana pilihan korang nak bercuti - Dalam Malaysia


Ok lah sebab sekarang ni tgh cuti sekolah, banyak penduduk2 Malaysia ni yg keluar jenjalan dgn family. Jadi Aku teringat balik sebelum aku berkerja; masa zaman dulu. Banyak kenangan keluar jenjalan yg menarik dan tak dapat aku lupa kan. Jadi Kat sini ada la beberapa tempat kat dalam malaysia ni yg aku nak sangat pergi bercuti:

Wednesday, December 22, 2010

Kidin Kembali da.....

Setelah 4 taun aku peram blog.. di sebabkan oleh member aku adi, aku bersemangat balik untuk memblog ni. jadi layan kan ajer la apa yg aku nak merepek lepas ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...