IPOH: Beberapa mangsa kemalangan di Kilometer 15 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands mendakwa bas pesiaran dua tingkat yang mereka naiki itu tidak dipandu laju ketika kejadian.Sumber: Berita Harian Online
Areena Songsern @ Ismail, 20, berkata bas berkenaan dikawal dengan baik sejak mereka meninggalkan Hotel Heritage di pusat peranginan itu kira-kira 9.30 pagi Isnin lalu menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Semua penumpang duduk di atas dan hanya pemandu dan pemandu pelancong ada di bawah. Saya duduk di barisan ketiga dari depan dan tercampak keluar dari tingkap yang pecah ketika bas terbalik selepas melanggar pembahagi jalan, katanya ketika ditemui di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.
Areena, pelajar tahun dua bidang pelancongan dan pengurusan hotel Universiti Walailak berkata, dia datang ke negara ini bersama ibu saudaranya, Dariah Songsern @ Ismail, 59, untuk menghadiri seminar dan makan malam jualan langsung di Kuala Lumpur.
Katanya, Dariah duduk di kerusi paling depan terpelanting jauh daripada bas selepas kemalangan.
Saya lihat ibu saudara saya terbaring kaku bersama pemandu bas. Kawasan sekeliling bas dipenuhi mayat yang berlumuran darah, katanya yang ditemani ibu, Sanoh Ilmal, 52.
Dariah yang terselamat, kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HRPB.
Semalam, Areena yang cedera di kepala dan kaki dibawa ke Hospital Hatyai menerusi jalan darat.
Seorang lagi mangsa yang cedera, Pramualrat Phimpahu, 44, berkata bas berkenaan tidak laju dan dikawal dengan baik sejak dari puncak Cameron Highlands, kecuali ketika pemandu mengambil selekoh terakhir.
Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya hanya tersedar ketika berada di hospital, katanya, semalam.
p/s: jadi jgn bersangka buruk kat drebar bas tu kesian dia, semua ni dah termaktub dalam qad' dan qadar
No comments:
Post a Comment