Followers

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Kampung ku

Akhirnya ada jugak entry dalam blog ni selepas seminggu tak berupdate. Sibuk sungguh minggu ni jadi tak ader masa nak update blog aku yg tak la berapa nak best ni. Hari ni hari last aku cuti setelah 4 hari bercuti. Macam biasalah cuti malas nak duduk KL.

Untuk post kali ni aku nak bercerita tentang kampung aku. Mungkin tak ramai org yg tau pasal kg aku ni. Kg Terusan adalah salah sebuah kg yg terdapat dalam Mukim Juasseh, Daerah Kuala Pilah. Pekan terdekat dengan kg aku ni ialah pekan Bahau dan Pekan Kuala Pilah. Tak ada apa yg luar biasa dgn kg aku ni, just a typical malay kg, yg 99% penduduknya adalah org melayu. Tetapi ini lah tempat aku dibesarkan dan dimana segala susur gakur keluarga aku bermula.



Friday, December 31, 2010

Hackers Indonesia Buat hal lagi


Tengoklah apa yg hackers Indonesia dah buat dekat laman web FAM. Aku pun tak paham lah kenapa mentaliti sesetengah rakyat Indonesia ni mengarut sungguh. Kalah sekali habis di haruknya satu kampung. Hina sangat ke kalah dengan Malaysia ni?

Kalau nak diikutkan kita dah berberapa kali kalah bengan Indonesia, tapi tak adalah rakyat Malaysia pergi hack sana hack sini. Terimalah seadanya, dah adat perlawanan mesti ada yang kalah dan mesti ada yang menang. Kepada yang menang nikmati lah kejayaan itu dengan berpada-pada, dan kepada yang kalah sila tingkatkan lagi usaha.

Buat masa ni tadi bila aku masuk balik web FAM ni, main page ajer boleh masuk, link-link lain masih lagi di lock. Mungkin pihak FAM tengah membaik pulih lagi kerosakan yang masih ada rasanya

Thursday, December 30, 2010

Pengertian cuti

Minggu ni mesti ramai yang riang kerana besok cuti, jadi boleh la bercuti ma sedikit. Bila bercakap pasal cuti ni, aku nak tanya dekat korang semua, apakah pengisian cuti dekat korang?

Ada sesetengah orang mengangap cuti ni masa untuk dia orang merehatkan diri. Tapi aku pelik, kadang-kadang cara dia org merehatkan diri tu lagi memenatkan dari apa yang mereka buat hari. Pergi hiking lah, ronda-ronda naik basikal, main futsal straight satu hari dan banyak lagi la.

Lepas tu ada pulak yang cakap cuti ni masa nak menghabiskan masa dengan family. Mungkin ada betulnya jugak yang ini, pasal kalau time bekerja, masa bersama family kita mmg la kurang kan. Jadi sesekali dapat get away dengan diaorang terasa amat syok lah sekali.

Dating, ha ini selalunya alasan yang selalu dugunakan oleh pasangan yang tengah masyuk bercinta. Kalau boleh, seminggu cuti, seminggu tu jugak hari-hari pergi dating. Kalau yang dah bernikah tu tak ader masalah lah, ni takut yang belum nikah ni. Dah hari-hari asyik jumpa jer, macam-macam boleh jadi.

Tapi apa pun pengisian cuti korang, cuti aku minggu serupa tak payah, aku still lagi kat KL dan still lagi kena buat kerja. aku nak cuti macam org lain jugak

Hari yang blur

Hari ni aku mmg blur, nak menulis dekat blog pun tak ader idea, dah la kat opis ni macam dilangar garuda, sunyi ajer ramai org cuti. So aku pun duduk la kat kubical aku ni dan on kan lappy aku... Jom blog walking, jadi bersedialah untuk di terjah oleh aku hehehehe........

Wednesday, December 29, 2010

Jom exchange banner

aku selepas blog walking, jumpa banyak blog ader banner sendiri. Lepas tu siap tukar2 baner lagi. Oleh sebab itu aku pun create lah satu banner untuk blog aku. Hasilnya seperti dibawah


Jadi bila dah ader banner ni nak jugak la tetukar dengan bloger yg lain. Siapa yg sudi codenya sudah saya sediakan di dalam widget Xchange Banner. Jadi harap ramai la yg berbesar hati berkongsi dan mempamer kan banner saya

Sembang pagi rabu

Sampai opis tadi tengok org tak ramai, kompom sumer ambik cuti sampai taun baru ni, aku pun bukak blog dan cek seperti biasa. Sedang tengah blog walking mak aku call, beri tau dia dah sampai dari Cameron malam tadi, tapi tak sempat call dah malam sangat. Mmg aku sajer suruh call kalau dah sampai, takut jugak lepas apa jadi kat bas hari tu.

Bila cerita pasal Cameron Highlands ni, aku rasa macam kelakar pulak. Korang nak tau, aku penah pergi sekali ajer ke cameron ni. tu pun taun 92 dulu, ikut rombongan sekolah. Jadi aku ader sikit kempunan la tak dapat ikut family trip aku kali ni. Apa nak buat dah cuti tak dapat. Jadi nak mengelak kan ralat aku ni, aku browse la pasal Cameron Highland ni. Cek mana tempat2 yg best nak pergi bercuti dan sebagainya la dan ini antara result yg aku dapat:

Monday, December 27, 2010

200 jugak Akhirnya


Terima kasih la kepada pelawat2 yg telah bertandang ke blog aku ni, akhirnya dapat jugak blog aku ni cecah 200 hit dalam masa seminggu. Aku masih baru lagi dalam dunia blogging ni, jadi kalau ada apa kesilapan aku tu korang tegur2 lah ya. Ok kepada follower blog ni hanya satu ajer aku nak cakap "I WILL FOLLOW U". Jadi sesama lah kita meng'follow' yer. jadi happy mengfollow :P

Wednesday, December 22, 2010

Kidin Kembali da.....

Setelah 4 taun aku peram blog.. di sebabkan oleh member aku adi, aku bersemangat balik untuk memblog ni. jadi layan kan ajer la apa yg aku nak merepek lepas ni

Thursday, April 27, 2006

Alamak makin tua plak rasanya.........

Minggu ni aku rasa diri aku macam tua sangat dah..... sabtu ni adik aku dah tunang, hai bakal ada adik ipar tu . adik dah maju abang nyer ntah bila lagi???? tapi ni sumer masalah ni nak buat kenduri sumer nak pakai duit, lepas tu aku plak yg jadi wali tu. Hai cam mana lah ni....... kita tunggu dan lihat ajer la. Nak tak nak satu hari nanti aku mesti jadi wali jugak, cepat lambat ajer.......

Sunday, March 19, 2006

Lagu bulan ini

Ratu - Teman Tapi Mesra

Aku punya teman Teman
sepermainan Kemana ada dia selalu ada aku
Dia amat manis Juga baik hati
Dia selalu ada waktu Untuk membantuku

(2)
Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia juga katakan Tuk ingin jadi kekasihku

Reff :
Cukuplah saja bertemankan aku
Janganlah kau meminta lebih
Ku tak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

makan dalam lagu ni

Saturday, March 18, 2006

Sunday, March 05, 2006

Abis Dah 3rd day....

Abis jugak hari ni punya training walaupun banyak benda yg jadi tapi training still jalan cam biasa. Takut gak aku kalau ader peserta yg marah², susah plak nak menjawab.. Abis arini ader lagi 6 ari nak menepuh harap² jgn la jadi yg bebukan lagi.... Amin

Hari Ketiga kat JB

Sekali punya la ngantuk arini, dah la tension dengan hotel. Pagi ni siap buleh black out satu ballroom, ngan budak audition af memekak ajer kat luar. Sumer ni buleh mendatangkan marahhhh. Ngantuk gilerrrrrrrrrr

Aku Dan USP Training

Cam mana nak cerita yer, saper tau USP..... mesti yang ramai tak tau. mak aku pun tak tau apa benda ni, aku pun kalau tak kerja ngan MSD rasanya tak tau jugak. Universal Service Provision tu lah nama panjang untuk USP ni. Jadi elok sebut USP, panjang sangat nak menyebutnya nama penuh dia.. Pasal USP ni la aku dapat pi jenjalan satu malaysia ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...