Followers

Wednesday, December 29, 2010

Sembang pagi rabu

Sampai opis tadi tengok org tak ramai, kompom sumer ambik cuti sampai taun baru ni, aku pun bukak blog dan cek seperti biasa. Sedang tengah blog walking mak aku call, beri tau dia dah sampai dari Cameron malam tadi, tapi tak sempat call dah malam sangat. Mmg aku sajer suruh call kalau dah sampai, takut jugak lepas apa jadi kat bas hari tu.

Bila cerita pasal Cameron Highlands ni, aku rasa macam kelakar pulak. Korang nak tau, aku penah pergi sekali ajer ke cameron ni. tu pun taun 92 dulu, ikut rombongan sekolah. Jadi aku ader sikit kempunan la tak dapat ikut family trip aku kali ni. Apa nak buat dah cuti tak dapat. Jadi nak mengelak kan ralat aku ni, aku browse la pasal Cameron Highland ni. Cek mana tempat2 yg best nak pergi bercuti dan sebagainya la dan ini antara result yg aku dapat:


Ladang Teh














Kalau dah sampai Cameron ni first org nak pergi mestilah ladah teh kat sana. Pasal kat semenajung ni , kat sini ajer yg ada tanam teh. Rupanya ada 3 ladang teh yg femes kat sini:
  • Ladang teh Boh (yg buat teh boh tu la)
  • Ladang Sungai Palas
  • Cameron Valley Tea Plantation

Ladang Strawberry














Dah Puas main kejar kat ladang teh :P, boleh pergi ker taman strawberry pulak. Dekat sini ladang yg popular ada 5:

  • Big Red Strawberry Farm
  • Healthy Strawberry Farm
  • Kasimani's Strawberry Farm
  • KHM Strawberry Farm
  • Raju's Hill Strawberry Farm

Ladang Sayur















Ladang yg femes jugak kat sini ladang sayur, kemana2 ajer mmg nampak ladang sayur ajer, jadi kalau sesiapa yg tak biasa jejaga, takut mabuk tgk sayur pulak kang. 


Time Tunnel Gallery














Kat sini pulak korang boleh tau pasal sejarah awal Cameron Highland ni. Kira macam muzium la.


Ladang Bunga















Seperti tajuk kat atas, ladang bunga bukan kebun bunga yer. Kalau dah ladang bunga mmg besar la. Melaut banyaknya. Kepada org lelaki, peringatan sila lah perhatikan ahli keluarga perempuan anda. Pasal selalu org perempuan selalu boleh hilang kewarasan dia org kat sini. Jadi pastikan keadaan sentiasa terkawal.
Kawasan yg banyak ladang bunga ni bermula dari Brinchang membawa ke Kg. Raja.

Jadi ini lah serba sedikit maklumat yg aku dapat kongsikan. Ok lah stop merapek dulu sambung nanti

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...