Followers

Sunday, January 16, 2011

Ipah love papa

Mesti Korang pelikkan dengan tajuk post aku ni. Bukan apa aku baru terbaca post akak sedara aku dalam facebook, terus aku terasa nak sharekan benda tu kat sini. Ipah yang kat atas tu anak buah aku, dan papa tu abang sedara aku.

Untuk makluman korang Ipah ni ayahnya(abang sedara aku) ke Lubnan, ikut misi pengaman kat sana. dah nak setahun kat sana dan akan balik lagi 16 hari.

Comelkan, sedih pun ada... sabar la Ipah, papa nak balik dah tu. 

p/s: Bila terbaca note kat atas tu aku terpikir sendirian. Time kecil-kecil dulu kita berani meluahkan segala perasaan kita dekat parent kita semua. Tapi bila dah besar ni nak telefon seminggu sekali pun susah.

Orang Jepun Yang Kelakar



Hahahaha... sporting betul orang jepun ni. Tak kira muda ke tua kepala semua layan.. Kalau kat Malaysia ni mau dah kena gelar gila

Tuesday, January 11, 2011

Facebook will NOT end on March 15th - it's a hoax!

Wah poyonya aku... First entry pakai tajuk org putih hehehehe. Walaupu aku dah tau benda ni mmg tipu, tapi aku tetap nak post jugak. Pasal apa? pasal aku nak berkongsi dengan korang semua... Ok aku dapat maklumat ni dari Youtube. Aku jumpa pun tak sengaja ni, tapi maklumat dia boleh dipercayailah, Sophos yg buat statement. Siapa Sophos ni? nak tau klik sini. Jadi sila lah tengok video kat bawah ni untuk tau kenapa aku cakap berita ni hanya satu penipuan sahaja;



p/s: Facebook nak tutup habis semua org huru-hara, org islam pakai bikini boleh tutup sebelah mata.

Kampung ku

Akhirnya ada jugak entry dalam blog ni selepas seminggu tak berupdate. Sibuk sungguh minggu ni jadi tak ader masa nak update blog aku yg tak la berapa nak best ni. Hari ni hari last aku cuti setelah 4 hari bercuti. Macam biasalah cuti malas nak duduk KL.

Untuk post kali ni aku nak bercerita tentang kampung aku. Mungkin tak ramai org yg tau pasal kg aku ni. Kg Terusan adalah salah sebuah kg yg terdapat dalam Mukim Juasseh, Daerah Kuala Pilah. Pekan terdekat dengan kg aku ni ialah pekan Bahau dan Pekan Kuala Pilah. Tak ada apa yg luar biasa dgn kg aku ni, just a typical malay kg, yg 99% penduduknya adalah org melayu. Tetapi ini lah tempat aku dibesarkan dan dimana segala susur gakur keluarga aku bermula.



Monday, January 03, 2011

UTUSAN PUN TERTIPU dgn fake website MU


Kelakar pun ada jugak bila aku baca berita ni dekat Utusan. Mungkin sesetengah dari dah tau yang berberapa hari lepas, keluar satu artikel dalam website rasmi MU mengatakan bahawa KFCM di puji oleh Alex Ferguson dan mungkin akan diambil untuk mengantikan Van De Sar. Dukacita aku nak beritahu dekat sini, bawa artikel tu bohong semata-mata, website itu sebenarnya telah di hack dan dengan banganyya oleh hacker dari Malaysia. Tak percaya, cuba klik kat link ni http://man-united.co.nr. Hackers tu dah mengaku pun.

Tapi yang mengecewakan kat sini, kenapa wartawan kat utusan ni boleh publish berita ni, Memang dari tajuk nampak macam mempersoalkan berita tersebut. Namun isi kandungan seolah-olah mempercayai berita tersebut. Sekiranya banyak berita seperti ini di terbitkan oleh Utusan, pembaca akan mula mempertikaikan kredibiliti akhbar tersebut. Jangan menerbitkan berita demi meningkatkan penjualan akhbar semata-mata. Untuk maklumat lanjut sila lah pergi ke link ni ---> MU lamar Khairul Fahmi?

Saturday, January 01, 2011

Ole-ole untuk tahun 2011

Wah posting aku yang 1st untuk tahun 2011. Macam tak percaya dah habis tahun 2010, dan sekarang tanun 2011 menjelma dengan pelbagai kemungkinan yang akan mendatang. Tetapi itu semua dah jadi asam garam dalam kehidupan. Kita harus mengahdapi semua ini dengan sebaik yang mungkin

Untuk memulakan tahun baru ni, aku ingin memberi ole-ole kepada semua pengunjung yang datang melawat blog aku ni. Dan disini aku nak memberi berberapa keping wallpaper untuk korang download






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...