Followers
Saturday, March 26, 2011
Melayu pun pendatang
Dah lama aku tak membuat sebarang post kat sini, tetapi bila aku tengok clip ni aku terasa ingin menulis sesuatu yang selama ini aku pendamkan sahaja. Isu pendatang di Malaysia (bukan PATI yer) nampak gayanya semakin heboh diperkatakan sekarang ni. bermula dengan hindraf dulu buat piket, lepas tu artikel oleh john doe didalam blog Lim Kit Siang dan paling terbaru kenyataan terbuka Chong Eng ni.
So kepada kawan-kawan cina dan india aku kat luar sana harap jangan berkecil hatilah ya dengan apa aku nak tulis ni, tapi ini kebenaran yang harus semua rakyat Malyasia harus sedar. Sebelum pekara ini makin parah sebab di politikkan oleh ahli-ahli politik yang gilakan kuasa dan harta.
Seperti apa yang dicakapkan oleh Chong End diatas Melayu adalah pendatang juga di Malaysia ini. Aku amatlah tak bersetuju dengan kenyataan dia. Ini hanyalah pemikiran orang yang tak tau asal-usulnya, orang melayu dari Indonesia, cina dari China, india dari India dan penduduk tetap Malaysia adalah orang asli. Ha ni den nak kasi tau kek dio orang semuo ni, tu semua salah. Sebenarnya orang melayu dah lama duduk di bumi bertuah ni, berzaman-zaman lamanya membina negara-negara kota yang gah seantero nosantara. Nama seperti Champa, Segenting Kra, Kedah Tua, Langkasuka dan yang paling gah sekali Srivijaya. Femes tak femes kerajaan ni, sampai kerajaan China dedulu pun nak jadi member dengan dia orang. Semua ni kerajaan Melayu. Tetapi sejarah mereka sungguh gelap sekali (tapi kalau wiki memang dia state kat situ semua kerajaan melayu).
Melayu dari Funan, teori ni dah tak boleh pakai pun dah, sekarang ni ahli sejarah semua dah kondem point tu, tak percaya cuba la search kat google memacam korang akang jumpa, bukan dari ahli sejarah melayu sajer, dari UK dan Amerika pun ada yg menyangkal teori melayu dari Funan.
Apa lagi yang golongan ni mahu bukti, nak batu bersurat? bersepah dah jumpa ada yang dari kurun ke-9 lagi. Semua di tulis dengan bahasa Melayu kuno, tak adernya dia tulis bahasa siam ker, bahasa cina ker tak ader. Semua batu bersurat yang jumpa kat malaysia ni semua dalam bahasa Melayu kuno,
Jadi sedarlah kat golongan yang mempersoalkan ketuanan melayu ni, sebenarnya org melayu dah la ada di bumi bertuah ni. Masa merdeka dulu pun disebabkan Tunku Abdul Rahman setuju joint venture dengan pemimpin India dan cina baru la dua bangsa ni dia ambil sebagai warganegara, kalau tak kena hantar balik kg la balik jawapnya. Itu pun raja-raja melayu tak setuju memulanya, tapi apa ntah di jeknya kat Tunku lastnya sain jugak. Tu pasal AGONG DARI RAJA-RAJA MELAYU, tak adanya ambik dari raja-raja india atau cina. Eh ada raja lagi ke dia orang? Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, Islam Agama rasmi. Jadi sila hormat dengan pelembagaan negara, tak hormat dengan aku, hormat kat perlembagaan. Kalau tu pun tak hormat, jadi layak ker orang macam ni duduk kat Malaysia
p/s: Agong pun ketua tertinggi tentera
Subscribe to:
Posts (Atom)